Isnin, 25 Mac 2013

Caproni Ca 60 Noviplano diperkasakan dengan 8 buah enjin V-12 yang setiap satunya menghasilkan 400 kuasa kuda. Pesawat ini siap dibina pada tahun 1921. Sebuah penerbangan percubaan dilakukan pada tahun yang sama di Tasik Maggiore Itali. Malang bagi Giovanni Caproni, pesawat gergasi beliau ini hanya mampu terbang setinggi18 meter sebelum terhempas dan pecah. Pesawat malang ini kemudian ditarik ke tebing tasik dan Giovanni bercadang membinanya semula untuk ujian percubaan pada masa akan datang. Nasib malang Giovanni datang bertimpa apabila pesawat ini terbakar secara tiba-tiba ketika disimpan di tepi tasik pada malam yang sama. Hampir keseluruhan pesawat menjadi abu dan Giovanni terus memadamkan impian beliau untuk membina pesawat penumpang gergasi. Sebahagian Noviplano yang terselamat dari kebakaran ini kini disimpan di Muzium Aeronautikal Giovanni Caproni yang terletak di Milan Itali.





sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Caproni_Ca.60
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!