Selasa, 26 Mac 2013


Lewis Holtby ada pelan besar untuk musim depan.

Lewis Holtby sedang berazam untuk memenangi tempat dalam kesebelasan utama Tottenham musim depan, dan berkata dia juga mampu beraksi di posisi tengah bertahan buat kelab jika diperlukan.
 
Holtby, 22, menyertai Spurs dari Schalke pada Januari dan secara perlahan-lahan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di Liga Perdana.
 
Sewaktu separuh pertama musim di Jerman, Holtby beraksi dalam peranan tengah menyerang, menjaringkan empat gol dan mengumpan tujuh lagi dalam 19 perlawanan. Namun sejak berpindah ke utara London, kapten bawah-21 Jerman itu jarang diturunkan, bermain hanya lima perlawanan Liga Perdana dalam peranan menyerang sama.
 
Holtby akan mengetuai pasukan remaja negaranya ke Kejohanan Eropah di Israel musim panas ini, dan midfielder itu berharap untuk menggunakan kejohanan tersebut sebagai satu platfom meraih kejayaan musim depan.
 
"Pada musim panas, dengan pra-musim pertama saya dan harap selepas raih kejayaan dengan pasukan bawah-21 di Kejohanan Eropah, saya mahu menang tempat dalam pasukan [Spurs]," katanya. "Saya dalam kontrak sehingga 2018. Saya yakin dengan diri sendiri dan akan kukuhkan kedudukan di sana. Dan jika saya tunjukkan keupayaan saya di peringkat tertinggi, saya ada peluang tembusi pasukan senior Jerman."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!