Rabu, 20 Mac 2013


Wilfried Zaha akan sertai Manchester United pada musim panas ini.

Winger Crystal Palace, Wilfired Zaha telah dihukum gantung satu perlawanan kerana membuat isyarat tangan melampau ke arah penyokong Leeds.
 
Zaha, yang akan menyertai Manchester United pada musim panas ini, dilihat menunjukkan jari tengahnya kea rah penyokong Leeds pada perlawanan 9 Mac lalu dan kini akan terlepas aksi tempat sendiri pasukannya menentang Birmingham City. Dia juga telah didenda £3,000 oleh FA England.
 
Dia kemudian memohon maaf melalui Twitter, dan berkata: "Saya…mahu memohon maaf atas isyarat tangan yang saya tujukan ke arah penyokong Leeds pada perlawanan semalam. Sangat tidak profesional di pihak saya."
 
Palace kini menduduki tangga keempat Liga Kejuaraan, tiga mata di belakang Hull City di tempat kedua dan mempunyai kelebihan enam mata di atas Brighton & Hove Albion untuk kedudukan aksi penentuan.

 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!