Isnin, 18 Mac 2013


Pengarah The Bianconeri mengakui bahawa pihaknya telah bercakap dengan Paris Saint-Germain tentang warga Sweden.

Pengarah Juventus, Giuseppe marotta menegaskan bahawa Zlatan Ibrahimovic tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain untuk menyertai semula kelab itu.
 
Warga Sweden itu dikaitkan dengan kepulangan ke The Bianconeri, dan walaupun rakan pengarah, Pavel Nedved bercakap kepada rakan sejawatannya di PSG, Leonardo tentang pemain, bos berusia 57 tahun itu berkata pasukannya tidak mampu mendapatkan bintang lama mereka.
 
"Nedved dan Leonardo tentunya membincangkan tentang Ibrahimovic," katanya.
 
"Tak syak lagi, dia adalah juara, tapi kelab Itali tak mampu untuk menandatanganinya. Kami menghargai dia dengan banyak, tapi ia tak mungkin."
 
"Dia seorang pemain yang hebat, tapi bukan jenis untuk umur kami dan juga parameter kewangan."
 
Ibrahimovic telah beraksi untuk The Bianconeri antara 2004-2006, sebelum beralih ke rival Serie A, Inter dan AC Milan dan menyertai PSG musim panas lepas."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!