Isnin, 18 Mac 2013


Tito akan kembali dari New York.

Pengarah sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta mengesahkan bahawa Tito Vilanova akan kembali tidak lama lagi dari New York City, tempat di mana beliau menjalani rawatan kanser.
 
Pengurus berusia  44 tahun itu jatuh sakit sejak Disember lepas dan bercuti untuk majoriti tahun  2013, meninggalkan pembantunya Jordi Roura untuk menguruskan pasukan.
 
"Tito akan kembali dan ia berita yang sangat bagus," kata bekas penjaga gol Blaugrana itu.
 
"Nampak seperti beliau telah menyelesaikan perkara yang perlu dilakukannya di New York. Beliau  akan putuskan bila beliau bersedia."
 
Roura menyertai Zubizarreta dalam melahirkan impian bahawa Vilanova akan dapat kembali berkhidmat dengan seberapa segera yang boleh.
 
"Saya berkata saya mengharapkan ini perlawanan terakhir saya ... kerana ia bermakna Tito akan kembali," ujar penolong pengurus berusia 45 tahun itu."
 
"Saya tak mahu membuat penilaian sepanjang tempoh ini [di mana Vilanova bercuti]. Pasukan dibentuk dengan kesungguhan bersama – saya tak mahu terima sebarang pujian atas apa yang berlaku sepanjang saya mengendalikan pasukan."
 
"Penilaian terhadap pasukan harus ditinggalkan hingga ke akhir musim," tambahnya lagi.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!