Ahad, 17 Mac 2013

Pemain Perancis ini berpindah ke Loftus Road dari Marseille dengan harga j8 juta Januari lalu

Loic Remy mempertimbangkan perpindahan meninggalkan QPR hanya selepas dua bulan menyertai kelab bergelut Liga Perdana Inggeris itu dengan harga £8 juta.
 
Penyerang berusia 26 tahun itu menyertai kelab Januari lalu dan sumber di Perancis memberitahu ada klausa pelepasan dalam kontraknya sekiranya QPR tersingkir.
 
Walau apapun, Remy nampak mahu meninggalkan the Rs musim panas ini walaupun kelab berjaya kekal divisyen dengan harapan aksinya hingga ke akhir musim dapat menarik bidaan untuk dirinya.
 
Namun beliau hampir pasti sukar menerima kontrak dengan gaji mingguan £75,000 seperti yang dinikmatinya di QPR selepas ejen Willie McKay menguruskan perpindahannya dari Marseille pada Januari lalu.
 
“Dia ada momen yang buruk bersama Marseille dan ia masa yang sesuai untuk berpindah tapi Loic melihat QPR sebagai langkah untuk ke kelab yang lebih besar,” sumber memberitahu.
 
“Memang benar dia ada kontrak yang bagus tapi pasukan lain akan beri perhatian jika dia meneruskan prestasinya.”
 sumber : http://www.wiselonline.com
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!