Isnin, 18 Mac 2013


Disebalik kekecewaan kalah pada Arab Saudi, ada sesuatu yang sedikit membanggakan di kem negara, khususnya di posisi penjaga gol.
Jika sebelum ini tumpuan hanya diberikan kepada 2 nama, iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias, namun kini kehadiran penjaga gol Selangor, Norazalan Razali, dilihat cukup menyakinkan.
Untuk rekod, sepanjang 10 perlawanan Liga, Norazalan sudah 3 kali dipilih selaku pemain terbaik perlawanan. Ini menceritakan yang dia antara pemain yang perlu diberikan perhatian.
Siapa Norazalan Razali?
Berusia 27 tahun Norazalan atau lebih senang dipanggil Lan dikalangan rakan sepasukan, dilahirkan di Tangkak, Johor dan pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur sebelum di pancing oleh Selangor.
Dia mula dipanggil dalam skuad remaja kebangsaan ketika dibawah bimbingan B Sathianathan lagi dan Lan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini.
Secara kesimpulannya, Lan dilihat bakal memberikan ruang yang lebih luas dan terbuka buat Jurulatih Penjaga Gol kebangsaan, Fauzi Mokhlas, bagi mempersiapkan penjaga gol terbaik negara, selepas kita sudah pun mempunyai Apek dan Farizal Marlias.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!