Sabtu, 16 Mac 2013


Datuk K. Rajagobal terus mempertahankan prestasi skuad negara biarpun ranking terbaru FIFA menyaksikan skuad negara merudum lima 5 anak tangga ke kedudukan ke-164 dunia ketika ini.
Kritikan semakin hebat buat skuad negara selepas penurunan 5 lagi anak tangga dari ranking dunia FIFA namun ia tidak beri impak apabila Rajagobal terus melaungkan pendiriannya bahawa ranking tidak beri sebarang makna buat skuad negara.
Rajagobal tidak merasa tergugat dengan perkembangan terbaru itu apabila menegaskan dia bersama pasukan masih berada di landasan terbaik mengejar objektif skuad negara tahun ini.
Malah beliau yakin keadaan itu tidak sesekali mengganggu tumpuan skuad negara yang bakal berhadapan Yaman dalam aksi Kelayakan Piala Asia 22 Mac depan.
Dalam pada itu Rajagobal tidak mahu meletak tekanan ke bahu pemain harapan negara Wan Zack Haikal Wan Noor menjelang aksi persahabatan menentang Arab Saudi pada Ahad memandangkan kecederaan buku lali masih membelenggu pemain itu biarpun sudah memulakan latihan bersama pasukan pada Jumaat.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!