Ahad, 17 Mac 2013

Striker Arsenal itu telah gagal menyerlah sepanjang tempoh pinjaman semusim bersama Juventus.

Penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner sedang menarik minat beberapa kelab Rusia, menurut agen pemain tersebut.
 
Pemain berusia 25 tahun itu bergelut untuk menyerlah sepanjang tempoh pinjaman semusimnya bersama Juventus sekarang, di mana dia telah gagal menjaringkan gol dalam hanya lapan penampilan buat pasukan utama selepas dibelenggu kecederaan.
 
Pengarah sukan Hamburg, Frank Arnesen baru-baru ini membidas Bendtner selepas menolak perpindahan ke kelab Bundesliga tersebut, dan mendesaknya mencari sebuah kelab yang lebih sesuai dengan keupayannya – namun wakil striker itu, Tom Brooks, telah mendakwa yang beberapa kelab Rusia berminat terhadap warga Denmark tersebut.
 
"Kami ada berhubung beberapa kali dengan pasukan dari Rusia," kata Brooks.
 
"Minat juga dah ditunjukkan oleh kelab Inggeris dan Itali dan Nicklas mahu bermain secara kerap di Liga Juara-juara."
 sumber : http://www.wiselonline.com
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!