Khamis, 28 Mac 2013


Midfielder Sevilla lebih memahami pasukannya apatah lagi selepas empat perlawanan tempat lawan yang gagal dimenangi.

Jose Antonio Reyes mengakui Sevilla perlu perbaiki prestasi tempat lawan jika mahu memperbaiki kedudukan di liga namun berkeyakinan dengan potensi pasukan.
 
Los Rojiblancos ketika ini di tangga ke 10 di La Liga dan di luar persaingan kelayakan Eropah.
 
Namun beliau memberitahu wartawan: "Hakikatnya ialah selagi masih bernyawa selagi itulah ada harapan. Ada banyak perlawanan, banyak mata sebelum musim berakhir."
 
Bekas pemain Arsenal ini menambah bahawa memperbaiki prestasi tempat lawan adalah penting dengan Sevilla memenangi empat perlawanan terakhir di laman sendiri tapi tewas kesemua empat perlawanan di laman lawan.
 
"Kami semua mencari penjelasan untuk keputusan buruk di laman lawan. Kami bermain baik di laman sendiri. Apa yang kami cari ialah mata di tempat lawan untuk perbaiki kedudukan kami."

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!