Selasa, 26 Mac 2013


Jadi buruan: Begovic juga telah dikaitkan dengan Chelsea dan Arsenal.

Manchester United terus memantau penjaga gol Stoke, Asmir Begovic selepas para pemantau mereka menyaksikannya bermain buat Bosnia menentang Greece.
 
Pendahulu Liga Perdana itu berminat untuk menandatangani seorang penjaga gol berkaliber sebagai pesaing buat penjaga gol No. 1 sekarang, David de Gea.
 
Arsenal dan Chelsea juga sedang berminat untuk memikat Begovic dari Britannia Stadium.
 
United memecahkan rekod perpindahan Britain untuk seorang penjaga gol apabila mereka membayar Atletico Madrid £18.3 juta untuk De Gea pada Mei 2011.
 
Penjaga gol No. 1 Stoke itu telah kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford namun dia menegaskan spekulasi tentang masa depannya tidak menggangu tumpuannya.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!