Isnin, 18 Mac 2013


Anderson mungkin pergi musim panas ini selepas gagal jadi kesebelasan utama di Man United.

Anderson dijangka meninggalkan Manchester United musim panas ini selepas gagal mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Sir Alex Ferguson.
 
Pemain Brazil berusia 24 tahun itu gagal memenuhi potensinya yang menyaksikan United membayar Porto £17 juta pada musim panas 2007 untuk khidmatnya.
 
Anderson dilihat tidak memenuhi tahap jangkaan yang ditetapkan untuk midfielder United dan berada di belakang Tom Cleverley, Michael Carrick dan Ryan Giggs dalam perancangan Fergie.
 
Beliau hanya membuat  12 penampilan di Liga Perdana Inggeris musim ini dan menjaringkan satu gol. Satu lagi gol beliau dicatatkan semasa bertemu  Newcastle di Piala Capital One.
 
Anderson hampir pasti kembali ke Portugal musim panas ini.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!