Khamis, 14 Mac 2013

Penjaga Gol The Canaries dalam prestasi cemerlang sejak diberikan jersi No.1.

Penjaga gol Norwich City, Mark Bunn menegaskan akan berjuang untuk mengekalkan tempat skuad utama pasukannya walaupun rakan sepasukan, John Ruddy kembali cergas.
 
Bunn tiba di Carrow Road pada bulan Ogos dari Blackburn, dan awalnya ditandatangani sebagai pemain sokongan untuk Ruddy, namun telah mengukuhkan tempatnya apabila pemain antarabangsa England meraih kecederaan dalam bulan November.
 
Dia telah merebut peluang dengan beberapa prestasi hebat sejak itu tetapi, dengan Ruddy kini hampir kembali ke kecergasan penuh, Bunn tahu dia perlu kekal di puncak permainan untuk kekalkan tempatnya.
 
Dia berkata, "Saya tak berharap untuk masuk terus ke dalam pasukan tetapi malangnya untuk John, dia telah keluar akibat kecederaan yang lama."
 
"Dia dijangka kembali tak lama lagi, jadi saya perlu berada di puncak permainan untuk memastikan dia keluar. Saya suka bermain. Sudah lama saya bermain begitu kerap."
 
"Dari sudut pandangan penjaga gol, ia sentiasa baik untuk kekal tanpa bolos, itulah sebabnya saya di sana, untuk menyelamatkan bola. Semoga saya boleh terus tanpa bolos dalam aksi seterusnya (menentang Sunderland)."

 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!