Jumaat, 1 Mac 2013



Wayne Rooney ada sembilan tahun yang sukses di Old Trafford.

Paris Saint-Germain sedia menguji pendirian Manchester United dengan tawaran lumayan untuk  Wayne Rooney musim panas ini.
Rooney, 27, telah menjadi pemain penting untuk United sejak berpindah dari Everton sembilan tahun yang lalu namun kepentingan beliau terhadap pasukan telah berkurangan sejak ketibaan Robin van Persie musim ini.
Pemain prolifik Belanda itu telah menjaringkan 23 gol di semua kejohanan untuk United setakat alam musim ini  manakala Rooney hanya menjaringkan 13 gol – di mana sepuluh dari gol itu dijaringkan di 13 perlawanan terakhirnya.
Dengan Javier Hernandez dan Danny Welbeck turut menjadi alternatif di bahagian serangan, laporan menyebut bidaan sebanyak £40 juta mungkin menguji Sir Alex Ferguson untuk melepaskan Rooney, yang dipercayai menjadi pemain paling mahal kelab di gaji mingguan dipercayai sekitar £250,000.
PSG mahu terus membina skuad mereka yang telah pun cemerlang musim ini dengan pemiliknya dari Qatar dilaporkan berminat menggandingkan penyerang United dan England itu bersama Zlatan Ibrahimovich di bahagian serangan.
Rooney, yang kontrak semasanya bersama United berakhir pada 2015, menjadi nama terbaru dalam senarai panjang pemain bintang yang dikaitkan dengan Les Parisiens – bekas rakan sepasukan beliau, Cristiano Ronaldo, bintang Napoli, Edinson Cavani dan Radamel Falcao dari Atletico Madrid turut telah dikatakan menjadi sasaran pada musim panas nanti.  


sumber:wisel

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!