Isnin, 11 Mac 2013


Tunjang Spurs, Gareth Bale adalah salah seorang pemain paling dikehendaki di dunia.

Paris Saint-Germain sedang dijangka akan menyertai perebutan untuk menandatangani Gareth Bale.
 
Real Madrid mengetuai persaingan merebut bintang Spurs itu – dan pemain Wales itu mengakui PSG belum lagi mencapai taraf kelab elit Eropah.
 
Namun Damien Comolli, yang membawa Bale ke Spurs dari Southampton, menjangka kelab mega kaya Perancis itu akan menawarkan pemain berusia 23 tahun itu satu pakej lumayan.
 
Bekas pengarah bola sepak Spurs berusia 40 tahun itu berkata: "Apabila anda tinggalkan Tottenham dan anda seorang pemain seperti Bale, ada hanya tiga atau empat kelab yang anda boleh pergi."
 
"Jika PSG tahu pemain itu berada di pasaran – dan itu ada kemungkinannya – ia takkan buat saya terkejut jika mereka lakukan segala yang terdaya untuk dapatkannya."
 
Namun Bale berkata: "Buat masa ini PSG tak setaraf dengan Barcelona, Real Madrid, Manchester United atau Bayern Munich."

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!