Sabtu, 9 Mac 2013



Barcelona sedia Berjumpa AC Milan - Fabregas






Cesc Fabregas yakin bahawa Barcelona akan bangkit di perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara menentang AC Milan.
 
Midfielder itu mengakui kekalahan 2-0 di perlawanan pertama memang mengecewakan the Catalans, namun tidak meragui langsung bahawa Barca boleh mengubah keadaan di Nou Camp.
 
"Pasukan okay. Kami alami kekalahan selepas perlawanan menentang Milan. Keyakinan kami menurun dan kami merasakannya semasa menentang Madrid di Copa del Rey dan di liga," Fabregas memberitahu.
 
"Bagaimanapun, tiada siapa meragui bahawa kami boleh melakukannya sekali lagi bahawa kami boleh mengubah keadaan. Tapi semuanya bergantung kepada kami. Dalam perlawanan penting, pemain sentiasa dapat berikan sesuatu. Pemain lebih dari mampu untuk cemerlang di perlawanan penting.
 
"Jika kami menang dan bermain bagus, ia akan menjadi pendorong luar biasa untuk pasukan. Kami perlu jadi lebih bijak dan tidak boleh bermain dengan perasaan sahaja, tapi bermain dengan fikiran kami. Pemain generasi ini ada sejarah buat kebangkitan."

sumber : WISEL

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!