Isnin, 11 Mac 2013







Sekolah bola sepak oleh Chelsea di Tokyo.

Chelsea mengumumkan kelab akan melancarkan sebuah sekolah bola sepak baru di Jepun.
Berpangkalan di Tokyo dan beroperasi di Jokodo Sports Performance, sekolah bola sepak baru itu akan dibuka Mac ini dan merupakan sebahagian daripada objektif terbaru Chelsea untuk menyokong dan mengembangkan bola sepak peringkat akar umbi di Asia.
 
Sekolah itu sebahagian daripada inisiatif Here To Play, Here To Stay kelab yang dilancarkan sewaktu jelajah pra-musim 2011, sewaktu Chelsea memperkenalkan Chelsea Blue Pitches di Malaysia dan Hong Kong.
 
"Kami sangat bangga apa yang telah dilakukan kelab untuk bola sepak akar umbi di Asia dan ini adalah satu lagi sumbangan kami mengembangkan bola sepak di rantau ini," kata Adrian New, pengarah urusan Chelsea di Asia.
 
"Chelsea ada asas sokongan peminat besar di Asia dan sekolah bola sepak ini ajar pemain kanak-kanak etika bola sepak kelab melalui kejurulatihan profesional."
 
Sekolah baru itu akan mengajar pembelajaran Inggeris dan nutrisi, menganjurkan lawatan ke UK dan sekolah bola sepak Chelsea lain di Asia dan memainkan peranan positif di rantau itu dengan membangunkan program komuniti dan berkolaborasi dengan pasukan tempatan.
 
Jurulatih sekolah bola sepak Chelsea di Jepun berkelayakan melalui Program Pengenalan Kejurulatihan Chelsea. Ini bagi memastikan sekolah itu mengembangkan pemain muda melalui falsafah dan kaedah corak permainan bola sepak Chelsea.

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!