Sabtu, 9 Mac 2013


City minat terhadap Jovetic & Berardi,dedah jurulatih fiorentina 


Bintang Viola berusia 23 tahun itu adalah sasaran jangka panjang buat juara Liga Perdana tersebut.

Jurulatih pertahanan Fiorentina, Angelo Gregucci mengesahkan Manchester City berminat terhadap Stevan Jovetic dan striker Sassuolo, Domenico Berardi.
 
Berardi telah mencatat tujuh gol dalam 15 aksi Serie B musim ini, dan Gregucci telah mendedahkan yang City juga sedang memantau situasi pemain berusian 18 tahun itu.
 
"Kelihatan jelas kepada saya yang bukan hanya City namun banyak kelab sukakan Jovetic, kerana dia salah seorang pemain paling berbakat di pentas Eropah," kata Gregucci.
 
"[Berardi] ada kualiti yang bagus. Dia muda, kita harus lihat bagaimana dia berkembang. City sentiasa beri tumpuan kepada bakat muda dunia dan dia di antara yang paling menyerlah."
 
Jovetic, yang menjaringkan 11 gol dalam 22 aksi liga musim ini, juga dilaporkan menarik minat pesaing Serie A, Juventus, dan mendedahkan Disember lalu yang dia tidak pasti tentang samada dia kekal lama bersama Viola.


0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!