Sabtu, 9 Mac 2013


De Guzman mahu kekal di Swansea - laudrup

Bos warga Denmark yakin midfielder mahu kekal di Stadium Liberty.

Pengurus Swansea City, Michael Laudrup mendedahkan Jonathan de Guzman mahu terus di Stadium Liberty dengan perjanjian kekal.
 
Pemain berusia 25 tahun itu kini dipinjamkan Villarreal sehingga akhir musim, ketika laporan menyebut juara baru Piala Capital One sudah mengadakan rundingan dengan kelab Sepanyol tentang perpindahan.
 
Laudrup sebelum ini mengakui mahu mengekalkan warga Belanda itu selepas akhir kempen dan mendakwa midfielder itu gembira untuk kekal dalam Liga Perdana.
 
"Ia sentiasa sukar untuk katakan apa yang akan berlaku," kata warga Denmark kepada wartawan.
 
"Banyak kelab sedang memikirkan akhir musim ini; promosi, penyingkiran dan lain-lain supaya mereka ada banyak perkara-perkara penting untuk difikirkan."
 
"Jonathan bermain sangat baik dan dia menjaringkan gol. Tapi dia gembira di sini dan saya tahu dia mahu kekal di sini."

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!