Isnin, 11 Mac 2013








Pemain Maghribi ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Merseyside.

Penyerang Fiorentina, Mounir El Hamdaoui akui bermain untuk Liverpool akan menjadi "satu impian" dan gembira dengan spekulasi mengaitkannya ke kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.
Pemain antarabangsa Maghribi tersebut, yang pernah mewakili Tottenham, hanya memulakan dua perlawanan liga sejak menyertai Fiorentina dari Ajax musim panas lepas dan giat dikhabarkan akan menyertai pasukan kendalian Brendan Rodgers.
Walaupun pemain berusia 28 tahun itu teruja untuk memuji Liverpool sebagai sebuah kelab, beliau tetap menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di Itali dan mengandaikan khabar angin  ini sebagai "bahan akhbar".
"Dikaitkan dengan Liverpool memang menggembirakan tapi saya fikir ia sebenarnya bahan akhbar setakat ini," ujarnya.
"Liverpool kelab yang hebat dan untuk bermain di stadium lagenda seperti Anfield akan menjadi sesuatu yang fantastik dan satu impian."
"Tapi saya di Fiorentina dan saya gembira."
Pengalaman terdahulu El Hamdaoui di bola sepak Inggeris ialah semasa dipinjaman dalam sembilan perlawanan dengan Derby di musim 2005-06. 


Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!