Isnin, 11 Mac 2013


Pembelian dari Swansea ini diletakkan di bangku simpanan semasa menentang Tottenham.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengesahkan midfielder Joe Allen akan perlu menjalani pembedahan bahu yang telah menyukarkan  beliau untuk majoriti musim 2012-13.
 
Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain simpanan semasa pertemuan dengan Tottenham di Anfield hari Ahad lalu dan Rodgers menjelaskan sebab tindakan tersebut sebelum perlawanan.
 
"Kami melakukan perubahan hari ini [menentang Tottenham] dengan Joe Allen telah bergelut sejak Oktober lepas dengan bahunya dan beliau berkemungkinan akan perlu menjalani pembedahan namun ia adalah peluang untuk Daniel diturunkan," Rodgers menjelaskan.
 
Allen menuruti pengurusnya dari Swansea ke kelab Anfield tersebut musim panas lepas dengan bayaran sekitar £15 juta dan telah melakukan 35 penampilan untuk the Reds musim ini.

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!