Jumaat, 15 Mac 2013

Drogba mahu diundi bertemu kelab Ligue 1 tersebut di suku akhir kejohanan.

Penyerang Galatasaray, Didier Drogba memberitahu beliau mahu bertemu Paris Saint-Germain di suku akhir Liga Juara-juara.
 
Pasukan Fatih Terim akan berada dalam peringkat undian selepas mengenepikan Schalke 4-3 dengan agregat dan bekas penyerang Olympique de Marseille itu memberitahu beliau mahukan cabaran bertemu seteru utama bekas kelabnya.
 
"PSG? Kenapa tidak? Ia akan jadi cabaran yang bagus dan ia akan jadi penghormatan kepada Marseille," katanya.
 
"Kami mesti bercita-cita dan mengimpikan Liga Juara-juara. Bersama Chelsea, saya memenanginya sekali tapi ia tidak cukup. Saya mahu sentuh piala, tapi ia masih jauh."
 
"Kami akan cuba yang terbaik. Jika kami dapat mengenepikan semua pasukan dan terus ke final, ia akan jadi sempurna."
 sumber: http://www.wiselonline.com
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!