Jumaat, 15 Mac 2013



Penyerang yang dipinjam dari Inter ini sedia habiskan satu lagi musim di La Liga.

Pemain muda Inter, Samuele Longo gembira untuk memanjangkan kontrak pinjamannya bersama  Espanyol untuk semusim lagi.
 
Pemain berusia 21 tahun itu menyertai pasukan La Liga secara pinjaman semusim pada musim panas lepas dan meskipun kelab asalnya mengalami masalah kekurangan penyerang, beliau lebih berminat untuk terus menimba lebih pengalaman di Cornella-El Prat.
 
"Saya akan gembira untuk setahun lagi di sini [di Espanyol]," katanya kepada wartawan.
 
"Kita akan lihat apa yang berlaku tapi saya fikir ketika ini hanyalah untuk bermain dan terus bersaing dalam kesebelasan utama. Saya tak tahu tentang sebarang kekesalan Inter, saya hanya tahu ketika ini saya sangat gembira di sini di Espanyol."
 
Longo juga mendedahkan hasratnya untuk bermain di Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.
 
"Bola sepak memang pelik tapi saya sangat yakin dengan kebolehan saya dan saya tahu saya harus dan untuk masa depan, saya mengimpikan bermain di Liga Perdana Inggeris."
 
Pemain Itali bawah 21 tahun itu telah menjaringkan tiga gol dari 18 perlawanan La Liga untuk kelab Catalan tersebut.


Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!