Sabtu, 16 Mac 2013

Lucas Moura alami masalah kecederaan buku lali

Lucas Moura mungkin boleh kembali beraksi untuk Paris Saint-Germain lebih awal dari dijangkakan menurut laporan berita di Perancis.
 
Le Parisien memberitahu pemain Brazil itu mungkin dapat turun menentang Saint-Etienne hari Ahad ini. Difahamkan pada mulanya beliau akan berehat selama tiga minggu akibat kecederaan buku lali yang dialami semasa bertemu Nancy minggu lepas.
 
"Dia alami masalah ketegangan buku lali tapi tiada komplikasi," menurut laporan akhbar tersebu.
"Dia sembuh agak cepat dan akan dapat mula kembali berlari."
 
Laporan itu menyebut Moura boleh menjalani latihan penuh hari ini, memberikannya peluang tipis bermain di Saint-Etienne keesokkan harinya.
 
Meskipun ada peningkatan dalam kecergasannya, pemain itu menulis di Twitter hari Rabu lepas bahawa dirinya "sedih" kerana tidak dapat mewakili Brazil di perlawanan persahabatan menentang Itali dan Russia hujung bulan ini.
 
"Saya benar-benar mahu menjadi sebahagian dari perlawanan persahabatan ini. Ia sentiasa menjadi impian untuk the Selecao namun malangnya kecederaan ini masih baru," tulis beliau.
 sumber : http://www.wiselonline.com
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!