Jumaat, 15 Mac 2013


Ashley Young hanya memenangi Perisai Komuniti 2011 dalam debut Man Utd.

Pemain sayap Manchester United, Ashley Young berharap penantian lama untuk trofi utama akhirnya tiba ke penghujung.
 
Young akan berusia 28 tahun pada musim panas, mengumpul 27 caps untuk England dan berharga £26 juta tetapi setakat ini hanya pernah memenangi satu trofi iaitu Perisai Komuniti dalam penampilan sulung bersama Manchester United pada tahun 2011.
 
Namun, bekas pemain sayap Watford dan Aston Villa berazam untuk memecahkan penantian, dengan United kini 12 mata di atas Liga Perdana dan dalam pasukan yang diyakininya "dilahirkan sebagai juara", dia bakal merealisasikan cita-citanya.
 
"Saya datang ke kelab untuk menang piala," kata Young. "Itu apa yang saya mahu lakukan. Semoga kami boleh mara dari sekarang sehingga akhir musim ini dan mengekalkan prestasi baik kami."

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!